Khamis, Mei 5


Sepi….
tatkala malam menunjukkan dirinya..
serta angin yang lalu menampar lembut menyentuh pipiku..
saat ini sepi mengintai malamku..
terus menyelubungi diriku agar aku terus dibuai resah..
resah menanti penuh debaran..
menanggung sisa perasaan yang hambar..
menyentuh hatiku yang bergelora..
gelora di pantai masih di anggap tenang..
namun gelora hatiku bagai taufan melanda bumi..
Namun..
aku bagai pari yang leka berterbangan..
entah ke mana hala akan ku tuju..
hanya mengikut buaian sepi..
sepi yang bertandang di benak hatiku..
lalu membawa aku terus bermimpi..
mimpi indah menyulam tidurku..membawa seribu erti dalam hidupku..
ohhh…mimpi..
andai engkau menjadi realiti..
hadirlah engkau dengan penuh simpati..
mengenang nasibku di alam sepi..agar tidak aku terus sendiri..
menyingkir diri ke taman sunyi…
mimpi girang menyemai kenangan..
kenanganku bersulam di alam baru..alam maya di ulik keindahan..
alam fana penuh kesepian..
Tersedar aku dari mimpiku..lantas menyeka airmataku..
dengan tenang aku mengucap syukur..
terus jua menguntum senyuman..
bisa masih berbaki di sudut hati..
namun lenyap seketika membawa diri..
entah ke mana perginya menyendiri..
atau pulang menuju ke alam hakiki..
saat ini semangatku muncul..semangat baru bertaut harapan..
harapanku agar terus tersenyum..
senyuman melirik di bibir mungilku..
menanti detik bahagia bakal menjelma…
terus menjelma di hari datangku…

· · Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan